Budak didera hingga mati disembunyikan dalam tong ikan di Sungai Petani
Mayat budak lelaki berusia dua tahun ditemui diawet dalam tong ikan manakala kakaknya,4, kritikal dan dirawat di hospital selepas mereka dipercayai didera oleh ibu dan teman lelakinya dalam kejadian di Flat Paya Nahu, Sungai Petani, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya menerima maklumat awal kejadian pergaduhan di sebuah rumah di flat terbabit, jam 1.25 pagi.
Beliau berkata, sepasukan anggota polis tiba di lokasi jam 2 pagi dan menemui seorang wanita berusia 26 tahun mengatakan anak perempuannya berusia empat tahun dipukul oleh teman lelaki dan mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan.
"Wanita terbabit kemudian memberitahu anak lelakinya berusia dua tahun dipukul hingga mati oleh teman lelakinya itu dan disimpan dalam satu tong di dalam bilik.
"Hasil pemeriksaan oleh anggota polis menemui mayat budak lelaki di dalam tong dalam keadaan dibalut dengan (tilam) toto, kain batik dan pita perekat," katanya di sini.
Md Zukir berkata, pihaknya kemudian menahan suspek lelaki berusia 34 tahun itu serta ibu mangsa di Blok A14 flat berkenaan jam 6 pagi tadi dan kedua-duanya didapati positif dadah amphetamine.
"Siasatan awal polis mendapati ibu kandung mangsa dan teman lelakinya mendera si mati dan wanita itu memberitahu anaknya meninggal dunia pada 9 November lalu.
"Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan," katanya.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Ibu kepada dua kanak-kanak, seorang daripadanya maut dipercayai akibat didera, sudah jauh tersasar selepas terbabit najis dadah, menurut saudara terdekat ibu muda berumur 24 tahun itu.
Wanita itu berkata, akibat dadah hidupnya musnah dan berakhir dengan tragedi mengakibatkan anak lelakinya maut dan anak perempuannya kini terlantar di hospital.
Menurutnya semasa remaja, ibu kanak-kanak berkenaan seorang yang bijak, baik dan memiliki paras rupa yang menarik.
"Dia sebelum ini tinggal bersama neneknya di Taman Seri Aman 2, Bedong, namun membawa diri selepas putus tunang ketika berusia belasan tahun.
"Dia katanya ke Johor, berkahwin di sana dan kembali menjenguk neneknya bersama anak sulungnya (perempuan) ketika anak itu berusia lebih setahun," katanya di sini, hari ini.
Menurut wanita itu, kali terakhir dia lihat mereka kira-kira tiga bulan lalu di rumah neneknya sebelum mereka berpindah.
"Semalam apabila mendengar berita mengenai kisah penderaan dan penemuan mayat itu disiarkan di televisyen, baru saya sedar kes itu membabitkan dia," katanya sayu.
Mayat kanak-kanak lelaki berumur dua tahun itu ditemukan dalam keadaan menyayat hati dengan dibalut kain selimut di dalam tong ikan dan sudah mereput, semalam.
Kanak-kanak itu dipercayai mati didera pada 9 November lalu dan turut didera kakak mangsa berusia empat tahun yang kini masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.
Kejadian itu terbongkar selepas ibu mangsa dilaporkan memaklumkan kepada polis berhubung mayat anak lelakinya yang disorokkan dalam tong berkenaan akibat didera oleh teman lelakinya berusia 34 tahun pada 9 November lalu di Flet Paya Nahu, di sini.
Sementara itu, seorang jiran di taman perumahan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hawa, 45, berkata air matanya menitis apabila membaca laporan akhbar mengenai kes itu.
"Kanak-kanak lelaki itu saya tidak pernah jumpa namun kanak-kanak perempuan itu saya pernah dukung sewaktu dia berusia setahun lebih," katanya.
Dalam perkembangan sama, sumber daripada HSAH memaklumkan moyang kanak-kanak perempuan itu datang melawat pada kira-kira 5 petang tadi.
"Saya dimaklumkan pada pertemuan itu, kanak-kanak itu yang mengenali moyangnya, mengadu sakit di beberapa bahagian badan selain meminta untuk tinggal dengannya selepas keluar hospital.
"Pertemuan singkat itu amat bermakna untuk warga emas berusia lebih 70 tahun itu, kerana pernah menjaga cicitnya itu sewaktu kecil," katanya.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

JKM Kedah akan berbincang dengan nenek kepada Nureen Batrisya Abd Aziz, 4, bagi memutuskan hak penjagaan kanak-kanak itu selepas ini
Nureen Batrisya adalah mangsa dera teman lelaki ibunya di Flat Paya Nahu, Sungai Petani
Exco Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Suraya Yaacob, berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan wanita itu, esok
Katanya, pertemuan untuk berbincang dan memutuskan hak penjagaan kanak-kanak terbabit sebaik sahaja dia dibenarkan keluar dari hospital
Katanya, keadaan kanak-kanak perempuan itu kini semakin stabil
Menurutnya, JKM sudah mendapatkan beberapa maklumat seperti nenek mereka pernah menjaga kanak-kanak terbabit sebelum dijaga semula oleh ibu mereka
"Selama ini bantuan bulanan RM400 untuk kanak-kanak terbabit memang di bawah nama nenek mereka tetapi dijaga ibu,” katanya selepas menyempurnakan Program Pemerkasaan Komuniti dan Keluarga (FACE) Peringkat Negeri Kedah
Program itu diadakan sempena Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1 Malaysia, di Dewan Semai Bakti, Felda Sungai Tiang, di sini, hari ini
Kes penderaan Nureen Batrisya dan arwah adik lelakinya, Muhammad Qhairullah Abd Hadi, 2, mendapat perhatian umum
Ini berikutan mayat adiknya ditemui dalam keadaan menyayat hati dibalut selimut toto dan disumbat ke dalam tong ikan di rumah tingkat tiga Flat Paya Nahu, Sungai Petani, 24 November
Nureen Batrisya yang turut didera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani
Perbuatan kejam itu dipercayai dilakukan teman lelaki dan ibu mereka, masing-masing berusia 34 dan 26 tahun.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Kanak-kanak perempuan, Nureen Batrisyah Abd. Aziz, 4, yang cedera dipercayai didera teman lelaki ibunya dikatakan sentiasa memanggil ibunya apabila tersedar daripada tidur ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim di sini sejak kelmarin.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kedah, Datin Norhashimah Md. Nowar berkata, keadaan tersebut mungkin disebabkan kanak-kanak itu selama ini begitu rapat dan mesra dengan ibunya.
Katanya, situasi tersebut menimbulkan rasa simpati dalam kalangan doktor dan jururawat yang merawat kanak-kanak malang itu.
"Saya dimaklumkan oleh kakitangan hospital itu, Nureen Batrisyah mula merindui ibunya apabila sentiasa memanggil ibunya dengan panggilan 'mama'," katanya kepada pemberita selepas melawat Batrisyah di HSAH di sini semalam.
Turut serta ialah Ahli Lembaga Pelawat Pelawat HSAH, Faridah Tajalis.
Kosmo! semalam melaporkan kanak-kanak perempuan itu dibawa ke HSAH selepas mengalami kecederaan luka dan lebam di muka dan beberapa bahagian tubuh badan dipercayai didera teman lelaki ibunya yang berusia 34 tahun di Flat Paya Nahu di sini.
Sementara itu, adik lelaki kanak-kanak itu, Muhammad Qhairullah Abdul Hadi, 2, yang juga dipercayai didera teman lelaki ibunya ditemui mati dalam tong ikan di rumah berkenaan.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
"Ibu mangsa bagitau saya, depan mata dia sendiri, dia tengok teman lelakinya membungkus, letak anaknya dalam tong ikan dan balut dengan pita pelekat, namun dia tak terdaya berbuat apa-apa," kata seorang penghuni di Flat Paya Nahu di sini susulan kes penemuan mayat kanak-kanak lelaki berusia dua tahun awal pagi tadi.
Wanita berusia 26 tahun itu berkata perkara itu diceritakan ibu mangsa kepadanya kira-kira 12 tengah malam tadi, apabila dia melarikan diri ke rumah beliau bersama anak perempuannya.
"Sewaktu saya sekeluarga berada di dalam rumah, ibu mangsa dan anak perempuannya berusia empat tahun, datang ke rumah saya dalam keadaan ketakutan dan mahu bersembunyi.
"Ketika itu, baru ibu mangsa berani membuka mulut, menceritakan perkara sebenar kepada saya bahawa dia dan anak-anak dipukul, ditumbuk, diterajang dan dipijak selama ini," katanya kepada Bernama di rumahnya di sini hari ini.
Awal pagi tadi, aduan diterima Polis Kuala Muda berhubung kes pergaduhan di flat berkenaan, membongkar kes penderaan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.
Mayat kanak-kanak malang itu ditemukan berbalut dengan selimut toto dan disorokkan di dalam tong ikan dalam bilik di rumah terbabit.
Susulan itu seorang lelaki berusia 34 tahun dan wanita berusia 26 tahun yang juga ibu kepada mangsa ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, suspek wanita itu takut untuk membawa anaknya ke hospital atau melaporkan perkara itu kepada polis kerana takut disyaki bersubahat namun setelah dipujuk, ibu mangsa kemudiannya membenarkan beliau menghubungi talian kecemasan.
"Sebelum kakak (anak perempuan) dihantar mendapatkan rawatan di hospital, ibu mangsa memaklumkan bahawa seorang lagi anaknya, sudah meninggal dan berada di dalam rumah.
"Ketika itu baru saya tahu bahawa anak lelakinya sudah meninggal dunia kira-kira dua minggu lalu, kemudian dia menceritakan bagaimana dia melihat sendiri anaknya disorokkan," katanya.
Wanita itu berkata, ibu mangsa hanya menyedari anak lelakinya sudah tidak bernyawa selepas dia keluar dari bilik air dan dimaklumkan oleh teman lelakinya bahawa mangsa terjatuh.
Wanita itu berkata beliau mengenali suspek lelaki yang tinggal di flat berkenaan namun hanya mengenali ibu kepada dua beradik itu sejak mereka berpindah masuk ke situ kira-kira sebulan lalu.
"Semasa suspek lelaki mahu membawa ibu mangsa dan dua anaknya ke flat ini, dia datang jumpa saya dan minta tumpangkan sementara ibu mangsa dan anak-anaknya di rumah saya atas alasan ada masalah.
"Tapi selepas seminggu suami dan empat anak saya mula rasa tidak selesa dan saya minta suspek lelaki untuk membawa mereka keluar dari rumah saya," katanya.
Tambahnya, dia tidak menyangka selepas keluar dari rumahnya, tiga beranak itu disorokkan di dalam rumah didiami lelaki terbabit.
"Memang saya tidak pernah dengar bunyi bising, gaduh dan pukul, tambahan pula rumah itu sering dipasang muzik kuat.
"Pernah saya ketuk pintu rumah tu, mungkin tiada penghuni lain, mendorong suspek wanita membuka pintu selepas dengar suara saya memanggilnya, baru saya tahu mereka tiga beranak berada di dalam rumah itu.
"Ketika itu, anak lelakinya turut menjengok di sebalik pintu, mukanya ada kesan lebam, darah, mata bengkak, bila saya tanya ibu mangsa, dia jawab terjatuh dalam bilik air dan ada masalah kulit, sebab tak pernah dengar bunyi gaduh, saya ingat tiada apa-apa," katanya.
Katanya lagi, dalam dua minggu lepas, lelaki terbabit sekali lagi meminta beliau menjaga anak perempuan suspek wanita itu kerana kononnya mahu ke Pulau Pinang.
"Katanya hanya dua tiga jam sahaja, tetapi empat hari selepas itu baru nampak kelibat mereka pulang. Sepanjang berada dengan saya, saya dapati anak perempuannya mempunyai kesan lebam pada badan, dan dia juga selalu bercerita bahawa suspek lelaki sering memukul dia, adik dan ibunya," kata wanita itu.
Anak perempuan suspek wanita yang mengalami kecederaan parah akibat didera kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Polis menafikan mayat kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang maut akibat didera di Flat Paya Nahu, Sungai Petani pagi tadi diawet di dalam tong ikan seperti dilaporkan media tempatan.
"Ia berdasarkan penemuan air di dalam tong berkenaan. Siasatan polis mendapati tiada bahan pengawet digunakan suspek untuk menyembunyikan mayat kanak-kanak tersebut," katanya di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md. Zukir Md. Isa berkata, sebaliknya polis tidak menolak kemungkinan suspek lelaki iaitu teman lelaki kepada ibu mangsa meletakkan ais ketul di dalam tong ikan berkenaan sebelum meletakkan pita pelekat di sekeliling penutup tong itu.
Awal pagi tadi, aduan diterima Polis Kuala Muda berhubung kes pergaduhan di flat berkenaan, membongkar kes penderaan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.
Mayat kanak-kanak itu ditemukan berbalut dengan selimut toto dan disorokkan di dalam tong dalam bilik di rumah terbabit.
Jelasnya, ketika tong itu dibuka, polis mendapati 60 peratus badan mangsa sudah pun reput akibat diletakkan lebih dua minggu di dalam tong berkenaan, manakala seluruh kulit serta rambut mangsa sudah terlerai dari badannya.
"Mayat dibungkus dengan selimut dan berada dalam kedudukan mengiring," katanya.
Terdahulu, nenek mangsa yang berusia lingkungan awal 60-an serta dua anggota keluarga datang untuk membuat pengecaman kira-kira jam 4.30 petang.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Mayat budak lelaki yang disorok di dalam tong ikan di rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Paya Nahu Flat 2, di sini, dicamkan oleh neneknya, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pengecaman Muhammad Qhairullah Abd Hadi, 2, dibuat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, di sini.
Beliau berkata, pada masa sama pihaknya menunggu laporan lengkap bedah siasat mayat mangsa yang sedang dilakukan oleh pakar perubatan forensik ketika ini.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan merengkok dan mengiring di dalam selimut di dalam tong ikan berkenaan.
"Keadaan mayatnya hampir 60 peratus reput dan tiada kulit dan rambut," katanya dihubungi di sini.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mohd Izham Ali yang menetapkan kedua-dua suspek berusia 26 dan 34 tahun direman sehingga 30 November ini.
Perintah reman dipohon pihak polis bagi mengikut Seksyen 117Kanun Acara Jenayah bagia membantu siasatan kes itu.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Leave a Comment