Mangsa rogol beramai-ramai ditahan polis selepas buat laporan polis


Seorang pelancong warga Britain ditahan polis atas dakwaan melakukan hubungan seks luar nikah selepas beliau membuat laporan dirogol.

Laporan CNN mengatakan wanita terbabit melaporkan dia dirogol beramai-ramai oleh sekumpulan warga Britain lain ketika berada di Dubai.

Mangsa bagaimanapun sudah dilepaskan tetapi pasportnya dirampas.

Kumpulan NGO, Detained In Dubai yang mendedahkan perkara tersebut mengecam penangkapan wanita berkenaan.

"Polis Dubai selalu gagal membezakan antara hubungan seks dengan rela dengan kejadian rogol," kata pengasas dan pengarah Detained In Dubai, Radha Stirling.

"Mangsa pergi berjumpa polis untuk menuntut keadilan, tetapi mereka pula yang didakwa.

"Mereka bukan sahaja menafikan hak sebagai mangsa, tetapi menghukum mereka," tanpa Radha lagi.

Sementara itu, kerajaan Dubai gagal memberikan sebarang komen ketika dihubungi pihak CNN Sabtu lepas.

Jurucakap polis Dubai pula tidak mahu memberi sebarang komen kerana kes tersebut belum dibicarakan di mahkamah.


No comments

Powered by Blogger.