Datuk Seri Sunny Ung suka membantu golongan miskin


Setiap kali penghujung Ramadan, suasana di perkarangan Padang Merdeka dan Masjid Muhammadi (Masjid Negeri) pastinya menjadi tumpuan ramai golongan fakir miskin bagi mendapatkan sumbangan zakat daripada orang ramai.

Namun, di tengah kesibukan orang ramai kembali ke rumah masing-masing selepas menunaikan solat sunat Tarawih, tumpuan pastinya tertumpu kepada seorang dermawan Cina yang sejak sembilan tahun lalu menyerahkan ‘sedekahnya’ kepada golongan fakir miskin.

Insan terbabit, Datuk Seri Sunny Ung atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Sunny menjelaskan sumbangannya kepada golongan terbabit tidak mempunyai sebarang motif, malah cuma berharap golongan berada yang lain turut sama berbuat demikian.

Katanya, walaupun kesemua penerima sumbangannya itu beragama Islam itu bukan persoalannya kerana apa yang penting mereka yang susah perlu dibantu.


“Saya tahu kebanyakan yang berada di kawasan ini adalah majoritinya rakyat negara jiran, Thailand yang datang semata-mata bagi mendapatkan sumbangan zakat.

Katanya, walaupun kesemua penerima sumbangannya itu beragama Islam itu bukan persoalannya kerana apa yang penting mereka yang susah perlu dibantu.

“Saya tahu kebanyakan yang berada di kawasan ini adalah majoritinya rakyat negara jiran, Thailand yang datang semata-mata bagi mendapatkan sumbangan zakat.

Pada 11 Julai lalu, Datuk Seri Sunny Ung sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila mengikis perbezaan kaum dan agama dengan membawa seramai 150 anak angkatnya untuk membeli belah persiapan raya di Pasaraya Mydin, di sini.


Lengkap berpakaian baju Melayu, Sunny dilihat muncul seawal jam 8 pagi bagi menunggu kumpulan anak angkatnya sambil ditemani dua anak lelakinya, Adrian, 22, dan Andrie, 24.

Meskipun dikategorikan sebagai ahli perniagaan yang berjaya, Sunny memberitahu dia sesekali tidak akan membiarkan golongan miskin atau anak yatim hidup dalam kesusahan apatah lagi menjelang sambutan hari raya tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Sunny juga mungkin satu-satunya individu di negara ini yang ikhlas membantu sebuah pusat tahfiz al-Quran tanpa sebarang syarat.

Yang lebih menariknya, usahawan berjiwa emas ini juga antara pihak yang pertama sekali tampil menghulurkan bantuan apabila pusat tahfiz al-Quran PEKAYATIM, di sini, dilanda banjir tahun lalu.


Difahamkan, selain membantu di segi keperluan asas seperti barangan dapur kepada lebih 20 pelajar tahfiz terbabit, Sunny juga turut mendermakan pelbagai buku rujukan dan kitab agama kepada pusat tahfiz itu.

Paling menyentuh rasa, usahawan terbabit juga turut menyumbangkan kitab al-Quran kepada pusat tahfiz itu yang sebelum ini banyak rosak dimusnahkan bah besar Disember tahun lalu.



No comments

Powered by Blogger.