Kerani sekolah agama dipercayai dirogol sebelum dibunuh
Seorang kerani Sekolah Agama Sungai Raya di Bukit Pasir, Muar ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Sungai Terap, dekat sini, malam tadi.
Mangsa yang berusia 29 tahun ditemui pasukan polis yang menerima aduan jiran mangsa yang mengesyaki sesuatu apabila mangsa yang tidak keluar rumah, kira-kira jam 7 malam tadi.
Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati enjin kereta dipercayai milik mangsa tidak dimatikan, manakala pintu kereta di bahagian pemandu terbuka.
Difahamkan polis kemudian menemui mayat mangsa terbaring dalam keadaan separuh bogel di depan pintu bilik.
Mangsa dipercayai mati akibat dijerut dan siasatan awal mendapati barangan berharga milik mangsa termasuk dokumen pengenalan diri dan telefon bimbit juga hilang.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat dalam pesanan mesej ringkas berkata, mangsa dipercayai dirogol dan dibunuh.
Di atas ialah berita rasmi tragedi ini yang dipetik dari Berita Harian 17 November 2015 .
Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ
Fakta kes:
7. Pada 16/11/2015 jam lebih kurang 1812 hrs, semasa pengadu sedang bertugas di bilik gerakan IPD Muar, pengadu telah terima panggilan telefon daripada sistem MERS 999 dari seorang perempuan bahawa jiran beliau tidak keluar keluar rumah dialamat no 85, Tmn Setia Kasih, Jln Sg Terap Bkt Pasir Muar.
8. Tangkapan: Tiada
9. Kerugian: Tidak pasti
10. Ulasan:
I.O kes bersama KBSJD dan team siasatan telah ke tempat kejadian.
Rumah mangsa merupakan rumas teres biasa yang mempunyai 3 bilik.
Rumah mangsa merupakan rumas teres biasa yang mempunyai 3 bilik.
Hasil siasatan ditempat kejadian dapati motokar dipercayai milik mangsa jenis Honda Civic No pendaftaran JJQ 8178 dalam keadaan enjin hidup dan pintu kereta bahagian pemandu terbuka serta pintu hadapan rumah dalam keadaan terbuka.
Apa bila masuk ke dalam rumah telah menjumpai mangsa dalam keadaan terbaring dihadapan pintu bilik dan dalam keadaan separuh bogel.
Mangsa telah dijerut dibahagian leher dengan menggunakan tali pengikat langsir dan seluar dalam dipercayai milik mangsa dijumpai diatas badan mangsa.
Mangsa juga dipercayai dirogol.
Terdapat juga kesan tompokan darah diatas lantai berhampiran dengan mangsa dan serangkai kunci.
Pemeriksaan lanjut ditempat kejadian tidak menjumpai sebarang beg tangan,telefon bimbit dan juga dokumen diri milik mangsa.
Team forensik Muar dan pihak K-9 telah dihubungi untuk membantu dalam siasatan.
Beberapa jiran berdekatan rumah mangsa telah dipanggil untuk ditemubual.
Motif sebenar kejadian masih belum diketahui
Siasatan masih diteruskan.
Ξ
Berita lanjutan selepas itu , 6 pekerja Nepal telah ditangkap untuk siasatan .
Polis Muar menahan enam lelaki Nepal berusia 25 hingga 43 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh dan rompak kerani Sekolah Agama Sungai Raya di Sungai Terap di sini, petang semalam.
Ketua Polis daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5 petang semalam, beberapa anggota polis bergegas ke lokasi.
Katanya, apabila tiba pihaknya menemui seorang wanita terbaring dengan kesan jerutan di leher di depan bilik utama rumah itu.
"Berikutan itu, kami menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejak penjenayah berkenaan.
"Pada masa sama, kami menahan enam lelaki warga Nepal berusia 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat
Polis Muar menahan enam lelaki Nepal berusia 25 hingga 43 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh dan rompak kerani Sekolah Agama Sungai Raya di Sungai Terap di sini, petang semalam.
Ketua Polis daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5 petang semalam, beberapa anggota polis bergegas ke lokasi.
Katanya, apabila tiba pihaknya menemui seorang wanita terbaring dengan kesan jerutan di leher di depan bilik utama rumah itu.
"Berikutan itu, kami menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejak penjenayah berkenaan.
"Pada masa sama, kami menahan enam lelaki warga Nepal berusia 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat
Berita dipetik dari Harian Metro .
Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ Ξ
Kisah yang diceritakan oleh kenalan yang kenal mangsa .
Nama mangsa ialah Nurul Shahira Mohamed Yatim , berumur 29 tahun .
Bertugas sebagai kerani di Sekolah Agama Sungai Raya di Bukit Pasir, Muar .
Beliau sudah berkahwin dan khabarnya suami beliau berkerjas sebagai tentera di kem Keluang .
Mempunyai anak yang berumur 11 bulan .
Tinggal di rumah neneknya kerana suaminya tinggal di Keluang kerana bertugas disana .
Rumah atau tempat kejadian kes ini ialah Homestay keluarga mangsa , khabarnya .
Jadi kadang-kadang mangsa pergi ke Homestay ini untuk singgah solat atau mandi bila tiada pengunjung yang menyewa Homestay ini .
Dan 16 Novermber 2015 ialah kunjungan terakhir mangsa ke Homestay itu .
Jika dilihat pada fakta kes , mungkin mangsa hanya mahu singgah sekejap kerana untuk mengambil barang atau sesuatu seperti itu .
Ini dapat dilihat kerana mangsa tidak menuntup pintu bahagian pemandu dan tidak menutup enjin keretanya .
Mungkin pembunuh sedang pecah rumah itu , atau memang menunggu mangsa kerana telah nampak mangsa selalu singgah di rumah itu , wallahu alam .
2015
2015
Leave a Comment