Go-kart terbabas ragut 2 nyawa tidak berdosa (video semasa dan selepas kejadian)
Pada kemalangan pukul 11.30 pagi semalam, penyelia kilang di Gebeng di sini, Izwan Isa, 39, dan anak bongsunya, Nur Zulaikha, 5, maut manakala isterinya Siti Suhaiza Seman, 38, dan anak sulung mereka Muhammad Izz Danial, 7, cedera akibat dirempuh satu go-kart yang terbabas semasa menonton perlumbaan itu.
Izwan maut di tempat kejadian manakala Nur Zulaikha meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Siti Suhaiza yang merupakan guru telah dibenarkan pulang pada petang semalam, manakala Muhammad Izz Danial masih menerima rawatan di HTAA dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang, Supt. Mohd. Noor Yusof Ali semalam, mengesahkan kemalangan dipercayai berpunca apabila tiga go-kart yang sedang berlumba itu bergesel sesama sendiri, sehingga menyebabkan satu daripadanya terbabas dan merempuh mangsa.
Ketiga-tiga pemandu go-kart itu tidak mengalami kecederaan.
Semasa kemalangan berlaku
Sejurus selepas kemalangan
25 September 2016






Leave a Comment