Guru maut akibat tayar lori bauksit tercabut sebelum menghentam keretanya


Guru wanita berusia 40 maut selepas kereta dinaiki terkena tayar lori muatan bauksit yang tercabut di Jalan Pintasan-Pelabuhan berhampiran Sungai Karang dekat sini, 3 petang tadi.

Pada kejadian itu, mangsa, Norhaili Ahmad Zabidi yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Balok dan berasal dari Taman Balok Perdana di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.


Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, tayar tengah di bahagian kanan lori yang dalam perjalanan dari bandar ini ke arah Pelabuhan Kuantan secara tiba-tiba tercabut.

"Tayar itu kemudian memasuki laluan bertentangan dan terkena kereta dinaiki mangsa.

Mangsa

"Akibatnya, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian.


“Mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat," katanya.


21 Disember 2015

No comments

Powered by Blogger.