Lelaki anak dua nekad gantung diri di Terenganu


Seorang lelaki bertindak nekad menggantung diri sendiri menggunakan tali dalam bilik tidurnya di Pulau Kerengga di sini, awal pagi tadi.

Mangsa berusia awal 30-an itu ditemukan meninggal dunia oleh isterinya di dalam sebuah bilik di rumah mereka antara jam 3.00 hingga 3.30 pagi.

Isterinya, yang enggan mendedahkan identiti bagi menjaga nama baik keluarganya berkata, suaminya dilihat memasuki bilik tidur berkenaan lebih kurang jam 2 lebih

Wanita berusia awal 30-an itu kemudiannya tidur bersama dua anak di ruang tamu seperti biasa namun terjaga sekitar jam 3 lebih dan terus menuju ke bilik itu untuk melihat keadaan suaminya di dalam bilik.‎

Bagaimanapun, pintu bilik berkenaan didapati berkunci lalu bertindak menolak sebelum merempuh pintu bilik itu sehingga‎ pecah dan melihat suaminya berada dalam keadaan di luar jangkaannya itu.

Ibu dua anak itu lantas keluar dari rumah untuk memaklumkan perkara itu kepada mak saudara dan neneknya yang tinggal berdekatan sebelum kejadian itu dilaporkan oleh ahli keluarga kepada polis.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan namun menjelaskan pihaknya masih menjalankan siasatan.


27/10/2015




No comments

Powered by Blogger.