Umur 9 tahun dah terpaksa bekerja sebagi pencuci pinggan akibat miskin
"Keluarga saya miskin. Nak makan pun susah," luah seorang daripada tiga beradik yang terpaksa bekerja membasuh pinggan di sebuah kedai makan di pasar awam dekat Kuala Pilah , Negeri Sembilan .
Kanak-kanak berumur 9 hingga 11 tahun itu ditemui kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas menerima aduan orang ramai.
Selepas disoal siasat, tiga beradik itu dikesan tinggal bersama ibu-bapanya yang kini menyewa di pinggir bandar Kuala Pilah.
Ibu tiga beradik itu yang dikenali sebagai Dewi (bukan nama sebenar), 29, berkata, keluarganya hidup dalam serba kekurangan selepas suaminya mengidap penyakit jantung sejak lima tahun lalu.
Menurutnya, walaupun sakit, suaminya berusia 37 tahun tetap bekerja sebagai pembantu di pasar sebagai pemunggah ayam.
"Suami kerja tidak menentu. Jika pihak pasar perlukan khidmatnya barulah dia dipanggil. Pendapatannya hanya sekitar RM100–RM150 sebulan,” katanya yang turut memberitahu dia juga menghidap penyakit jantung.
Letchumy berkata, dia mempunyai sembilan anak berumur di antara 19 dan 9 tahun dan hampir semua tinggal bersamanya.
“Kebanyakan anak kami tidak dapat menamatkan persekolahan kerana masalah kewangan dan ada di antaranya hanya sekolah tadika sahaja," katanya.
Katanya, kerana tidak mampu membayar sewa rumah, mereka sering berpindah dari satu tempat ke satu tempat kerana diusir tuan rumah.
Sementara itu, Pegawai JKM, Majid Derashid berkata, setelah melakukan siasatan, pihaknya mendapati keluarga berkenaan seperti tidak mahu majukan diri sendiri selepas melihat anak-anak tidak mahu pergi ke sekolah.
Menurutnya, malah ada anak-anak mereka yang dewasa boleh bekerja untuk membantu ekonomi keluarga tetapi lebih suka duduk di rumah.
“Selain itu, keluarga ini dilihat hanya cukup sekadar apa yang ada dan tidak mahu berusaha untuk menambah pendapatan harian. Mereka dilihat lebih selesa hidup dalam keadaan begitu.
“Jika anak-anak pergi ke sekolah, pihak kerajaan sedia membantu memberi bantuanpakaian, peralatan dan sebagainya,” katanya.
Katanya, malah melihat dari segi kemudahan di dalam rumah, peti sejuk dan dapur milik tuan rumah masih boleh digunakan oleh keluarga ini.
“Keluarga ini perlu berusaha sendiri untuk mengubah nasib mereka. Bagaimanapun, JKM akan cuba memikirkan apakah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah keluarga tersebut,” katanya.
2014

Leave a Comment