Wanita tak berdosa mati dihempap pencangkuk kren


Lebih 50 ahli keluarga, sanak saudara serta rakan-rakan hadir memberi penghormatan terakhir kepada wanita maut dihempap besi pencangkuk kren di tapak pembinaan di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Upacara pengebumian didimulakan pada 10 pagi dengan mayat Chin Khoon Sing, 23, dibawa ke United Hokkien Cemetery, Batu Gantung untuk dibakar pada 11 pagi.


Suasana pilu menyelubungi seluruh kawasan pusat pembakaran mayat dan ibu mendiang, Yeoh Ang Hooi, 51, tidak dapat menahan kesedihan apabila kehilangan Khoon Sing.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir adalah ayah mendiang, Chin Chee Weng, 58, yang cuba ditenteramkan beberapa ahli keluarga yang lain.

Dalam kejadian 7.30 malam Khamis lalu besi pencangkuk terjatuh daripada kren di tapak pembinaan bersebelahan pusat beli-belah Pavilion dan menimpa kereta dipandu Khoo Sing.

Mangsa semasa hidupnya

Akibat kejadian itu, Khoo Sing maut di tempat kejadian.


Ogos 2016




No comments

Powered by Blogger.