Warga emas terjun bunuh diri kerana tak tahan lagi tanggung derita penyakit yang dihidapinya


Seorang pesakit lelaki berusia 64 tahun, maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini, petang tadi

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata kejadian kira-kira jam 5.51 petang itu disedari seorang jururawat yang sedang bertugas

Katanya, mangsa yang menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung dan buah pinggang, menjalani rawatan di hospital itu sejak 22 Ogos lalu

"Mangsa baru selesai menjalani rawatan hemodialisis pada jam 3.45 petang tadi, dan meminta izin untuk berada di kawasan beranda tetapi dihalang jururawat kerana perlu sentiasa menggunakan alat bantuan oksigen

"Bagaimanapun, ketika ahli keluarga tiada bersama di dalam wad, mangsa ke kawasan beranda dengan menggunakan kerusi roda, sebelum dikatakan memanjat kerusi itu dan terjatuh," katanya di sini, hari ini

Muhamad Zaki berkata, polis menjalankan siasatan dari semua aspek termasuk jenayah dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.



September 2016


No comments

Powered by Blogger.