2 keluarga tinggal sehelai sepinggang rumah musnah terbakar


Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka di Lorong Chicha, Berek 12, di sini, musnah terbakar pagi tadi.

Bagaimanapun dalam kejadian 10.50 pagi itu tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu Pegawai Bomba Kanan II Che Mazlan Mohamed berkata, pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 11 pagi.

Katanya, empat jentera bersama 30 anggota bomba terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran dengan bantuan BBP Pengkalan Chepa,

"Setiba di lokasi kami dapati api sedang marak dan sudah memusnahkan hampir 80 peratus rumah.

"Api dipadam sepenuhnya pada 12.30 tengah hari," katanya yang dihubungi di sini.

Menurutnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan forensik bomba.


13 Oktober 2016


No comments

Powered by Blogger.