Juruteknik TNB cedera parah terkena letupan pencawang eletrik ketika sedang menjalankan tugas


Seorang juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) cedera parah akibat melecur selepas pencawang elektrik kawasan premis perniagaan berhampiran Kolej Komuniti Bagan Datoh di Hutan Melintang dekat sini, meletup ketika sedang diselenggara, tengah hari tadi

Dalam kejadian kira-kira jam 12.18 tengah hari itu, mangsa berusia 34 tahun sedang melakukan kerjanya sebelum berlaku letupan dan magsa dilihat keluar dari bilik berkenaan dalam keadaan tubuhnya terbakar.


Beberapa kakitangan TNB yang berada di situ kemudian segera bertindak menyelamatkan mangsa sebelum dibawa ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk menerima rawatan.

Difahamkan, mangsa kemungkinan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan susulan akibat kecederaan dialaminya itu.

Ketua Jurutera negeri Bahagian Pembahagian TNB, Raja Abd Jalil Raja Zaid, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan terperinci mengenai punca sebenar kejadian sedang dijalankan.

"Siasatan sedang dijalankan dan buat masa ini kami memberi tumpuan untuk menyediakan rawatan terbaik kepada mangsa dan membantu ahli keluarganya yang masih terkejut dengan kejadian itu," katanya.



Updated: Juruteknik ini telah meninggal dunia

Juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cawangan Teluk Intan, Mohd Zaid Sulaiman, 34, yang parah akibat melecur dalam letupan pencawang elektrik di Hutan Melintang dekat sini semalam, meninggal dunia pagi tadi

Mangsa dilaporkan meninggal ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Teluk Intan (HTI) jam 8 pagi

Mohd Zaid melecur hampir seluruh badan akibat melecur ketika melakukan penyelenggaraan di pencawang elektrik di kawasan premis perniagaan berhampiran Kolej Komuniti Bagan Datoh pada jam 12.18 tengah hari semalam

Mangsa dikatakan sedang melakukan kerjanya sebelum terdengar bunyi letupan dan tidak lama kemudian mangsa dilihat keluar dari bilik berkenaan dalam keadaan tubuhnya terbakar

Difahamkan, beberapa kakitangan TNB yang berada di situ kemudian segera menyelamatkan mangsa sebelum dibawa ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk menerima rawatan.


Oktober 2016

No comments

Powered by Blogger.