Maut kerana dihempap komponen lori yang tercabut
Dalam kejadian 4.55 petang itu, mangsa yang memandu kereta bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Shah Alam.
Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, siasatan awal mendapati satu komponen dari lori yang dalam perjalanan dari arah Shah Alam ke Kuala Lumpur tercabut dan terpelanting ke arah kereta mangsa.
"Komponen itu tercampak tepat di cermin hadapan bahagian pemandu hingga menyebabkan kepala pemandu cedera parah dan pemandu maut di tempat kejadian manakala penumpang lain terselamat.
"Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi.




Leave a Comment