Remaja digelar 'Hantu' kerana ketumbuhan di seluruh badan
Seperti kebanyakan remaja berusia 16 tahun, fikiran Mithun Chauhan dikuasai tiga perkara bersekolah, bermain dengan rakan dan berpacaran.
Bagaimanapun selepas menghidap kecelaruan genetik yang menyebabkan seluruh tubuhnya membengkak, remaja itu yakin dia ditakdirkan akan hidup sendirian seluruh hayatnya.
Mithun menghabiskan masa setiap hari di rumah kerana wajahnya menakutkan penduduk tempatan yang menggelarnya ‘Budak Hantu.’
Ibu bapanya pernah menghantarnya belajar di usia 8 tahun, namun dia tidak boleh ke sekolah kerana murid lain akan bertempiaran lari apabila melihatnya.
Kanak-kanak dan golongan wanita akan menjerit 'Hantu, hantu' apabila terserempak dengannya.
Keluarganya yang menetap di Navada di negeri Bihar mendakwa, penyakit yang menimpa Mithun berpunca daripada kesilapan ubat yang diberikan seorang doktor untuk merawat ketumbuhan ketika dia berusia lima tahun.
Mithun hanya menghabiskan masanya di rumah dan dilarang keluar oleh bapanya terutama di waktu malam kerana orang akan terkejut jika terlihat rupanya.
'Saya hanya duduk di rumah, tiada siapa mahu bercakap dengan saya.
Hanya keseorangan, saya tidak tahu tujuan hidup ini untuk apa', ujarnya.
Leave a Comment