Terdapat kes dimana bapa "rogol" anak 6 bulan ketika tukar lampin
Ada kes jenayah pedofil melibatkan bapa merogol anak perempuannya sendiri yang baru berusia enam bulan semasa menukar lampin.
Pakar Kriminologi, Dr. Geshina Ayu Mat Saat berkata, keadaan seperti itu berlaku apabila mereka gagal mengawal naluri seks songsang.
"Satu kes di KL, bapa buat kepada anak perempuannya berusia enam bulan dan emaknya tidak tahu.
"Mulanya isteri suruh suaminya tukar lampin sahaja.
Apabila emaknya itu nampak kesan darah, suaminya beri alasan mungkin kesan tertusuk pin pada perut bayi," ujarnya semasa menyampaikan ceramah bertajuk Offender Strategies In Approaching Potential Victims.
Geshina yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia menyampaikan ceramahnya sempena dengan Seminar Pencegahan Jenayah Seksual Siri 3 di sini hari ini.
Menurutnya lagi, ada satu kes nelayan di Terengganu, seorang bapa menonton video lucah bersama seterusnya melakukan kepada anaknya sendiri.
Apabila ditanya, bapa itu selamba memberi alasan anaknya yang menyuruhnya mengajar melakukan seks, kata Geshina.
"Ada satu kes mereka kata gambar kanak-kanak senyum yang dilihatnya seolah-olah kanak-kanak itu 'mengajaknya' melakukan seks.

Adakah mereka (penjenayah seksual) ini gila?
"Tidak, diorang ini boleh bekerja, boleh beristeri dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian mereka," katanya lagi.
Beliau pernah mengkaji sebanyak 18 individu yang ada masalah seks sedemikian dan mendapati hanya tiga sahaja daripada mereka belum melakukan seks dengan kanak-kanak.
"Jadi kalau tidak dibendung mereka bertiga ini akan melakukan perkara yang sama," katanya.
Dalam pada itu, pihaknya juga menjalankan pemulihan kepada individu bermasalah itu dengan dan mendapati kesemuanya tidak lagi melakukan perbuatan itu selepas keluar berdasarkan rekod pihak berkuasa.
Menurutnya, Kelantan menjadi negeri tertinggi kes pedofil dan daerah pendalaman,

Jeli menjadi kawasan paling banyak mencatatkan kes jenayah itu dan beliau sendiri banyak kali turun ke sana memberi penerangan kepada masyarakat namun kebanyakan pemangsa tidak pernah hadir untuk memulihkan diri mereka.
Leave a Comment