Wanita malang mati dihempap pembesar suara berat gara-gara percaya kepada "mukjizat Nabi"
Seorang wanita maut selepas ditindih pembesar suara dalam satu upacara untuk menunjukkan ‘mukjizat’ seorang paderi di sini baru-baru ini.
Menurut laporan media tempatan, paderi berkenaan, Lethebo Rabalango membuat upacara bagi membuktikan ‘mukjizatnya’ di sebuah gereja di Polokwane.
Dalam upacara berkenaan, Rabalango berkata, sekiranya seseorang itu mempunyai kepercayaan yang kukuh terhadap tuhan, dia mampu melakukan apa sahaja.
Paderi itu kemudiannya menjemput seorang wanita muda ke pentas dan memintanya berbaring di lantai.
Rabalango mengarahkan beberapa pengikutnya mengangkat satu pembesar suara yang besar untuk diletakkan di atas badan wanita itu.
Mendakwa berat pembesar suara itu tidak akan mengapa-apakan wanita itu, paderi itu turut duduk di atasnya menyebabkan dada wanita itu tersekat untuk bernafas.
Selepas 5 minit, paderi itu mengarahkan pengikutnya mengangkat pembesar suara namun tiada tindak balas dari wanita itu.
Wanita itu kemudian dikejarkan ke hospital dimana mangsa disahkan meninggal dunia. Mangsa juga dilaporkan mengalami patah tulang rusuk.
Mengejutkan, paderi itu menyalahkan wanita itu kerana kurangnya kepercayaan dalam diri menyebabkan demonstrasi yang mudah seperti itu pun gagal dilaksanakan.
Leave a Comment