Wanita tamatkan zaman bujang pada usia 80 tahun
Maria Teresa berkahwin dengan pasangannya, Carlos Victor Suarez yang dia katakan cinta pandang pertama selepas berkenalan di Pusat Pemulihan dan Jagaan Aventura Plaza, Miami.
“Kali pertama melihatnya saya terus rasa bahagia,” kata Suarez kepada akhbar Miami Herald.
Pasangan itu berkenalan pada awal tahun ini dan tidak pernah sekali pun terpisah sejak itu apabila menghabiskan hampir setiap waktu bersama.
Suarez akhirnya melamar Maria selepas lapan bulan berkasih dan wanita itu akhirnya menamatkan zaman bujangnya dalam majlis perkahwinan baru-baru ini, yang dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.
Pengurus Aventura Plaza, Allison Almirola berkata: “Kami benar-benar mahukan majlis itu menjadi pengalaman indah untuk Maria kerana ini kali pertama dia merasai perkahwinan.”
Sementara itu, Maria yang gembira dengan perubahan statusnya menyifatkan suami barunya itu sebagai anugerah Tuhan.
“Saya kesepian selama ini dan dialah anugerah Tuhan yang mengisi kekosongan itu. Memang tidak ada istilah terlalu lambat untuk menemui cinta,” katanya.
Leave a Comment